21.4.11

Back up no back up

My Photos - Wall Photos (2)
Untuk semua lah. 

First thing first, I'm okay now. Tak caye? Mata dah tak bengkak bengkak lagi. Cane nak pegi kerja? Important is, I'm okay. Aku rasa aku nak bercerita pagi pagi ni. Kadang kadang, I seem to be so desperate in love. Haha. Sila gelak. Ye, memang aku desperate. Aku memang desperate woman, yang tak sabar sabar nak ganti cinta. And it can't be deniable, aku suka bercinta. 'Cause when I have love, I give it all out. Mungkin aku senang nak lupakan cinta lama, eh, bukan mungkin, memang. Senang nak lupa cinta yang dah buat tahi. I'm a desperate. Kemudian? Okay okay, maybe that is why I was rushing to fall in love with you. Kita guna reason yang sama which was, nak lupakan orang lama but still, yang lama ada lagi dalam hati. Betul tak? Kita serupa.

Aku boleh kata semua orang jahat, tapi itu bila aku diperkotak katikkan, dipermainkan. Takkan takde ribut angin, aku bantai kata kau jahat. Kalau hidup ni ada rewind button, aku kasik kau tonton semula. Aku pulak yang sedih. Kenapa? Terbukti, sekasar aku, ada juga hati yang luluh yang asyik dikoyak koyakkan. Mungkin aku kena la jadik kuat sekali lagi. Aku tak mahu hidup dalam mimpi lama. Aku tak mahu jugak dikatakan over. Aku tak mahu terlalu berharap dah, dan give up tidak sama sekali. Kalau kau kata nanti, aku akan tunggu. Aku tunggu. Aku cakap macam macam pun tak guna kalau bertepuk sebelah tangan nanti, kan?

Kali ni jugak aku gagal nak betulkan diri aku untul jadik yang terbaik untuk kau. Aku sedia nak berubah taknak ulang salah aku dengan kisah lalu. Malangnya, aku tak diberi peluang. Sokay baby, I boleh jalan sorang sorang. And this situation makes me feel that, apa yang datang akan pergi macam tu je. Benda yang dah dapat, senang senang kita lepaskan macam tu je. Benda yang belum confirm kita punya, kita junjung tinggi tinggi, padahal, benda tu bla jugak nanti. Tak caye? Aku ada, sila tanya. 

Memang tiada yang sempurna dalam hidup. Kurang sana, tak cukup itu ini. Tapi itu hakikat. We gotta move on. I'm ready, jalan sendiri bukan macam gampang pun. To be so thankful 'cause I have my friends, Dham yang aku menyampah lagi nak ajak dia kerja, kakak Supervisor, budak Fitness store, makcik food court dan seterusnya. Dorang tak tahu aku siapa, dorang pun tak sibuk nak kata, nak number boleh pastu tbe tbe bercinta. Tak, mereka tak buat begitu. Basically, dorang tak paham aku, aku pun buat tak tahu je lah. Neutral. 

Dear Adie, even you don't give me the chance to make you are mine, but its okay dude. Bukan semua I yang punya. Susah sangat nak lupa orang yang kita terlampau sayang. Nevermind, semoga you happy dengan life you. Thanks for the days. Don't be too emotional. 

Dear Alfie, tak terlintas langsung nak riak dengan awak. Haha. See, the way that we have planned, ruined. Nampak dah awak sayang saya lagi. #perasan. Tapi dengan ayat, go and save your relationship, it turned me down. Aku gelak, irma tutup kat muka, banyak pulak air keluar dari mata. Kau takde lagi time tu. Aku terima. 

Aku ada kawan baru, nama dia, entah. Kawan.