27.5.11

I've Been Thinking

Untitled | Flickr - Photo Sharing! 
No caption.

Yeah, I have been thinking...

Semua yang jadi, seperti dialog aku yang biasa biasa, sudah Tuhan tuliskan sebenarnya. Memang boleh kalau aku tidak mahu melayan feeling aku ni, tapi kita manusia. Buat salah. Terlalu awal untuk aku kata, aku sudah jatuh cinta. Tapi, aku kena kuat. Tengok depan dan teruskan berjalan.

Aku tak mahu hidup dalam mimpi lama. Aku tak mahu juga di kata over. Tapi kalau aku bahagia, sampai hari hari senyum sampai telinga, tak ada masalahnya bukan. Aku tak mahu terlalu berharap, dan sama sekali tidak akan awal awal give up.

Aku tak syok sendiri bila bercakap. So, dengar apa aku nak kata. Tanpa segan silu, aku manusia yang lemah lagi hina ni, aku cinta Tuhan aku sebab hadiahkan aku syurga sebelum aku sempat tiba sebelah dia. Diberikan pulak sekuntum bunga larangan sebagai dugaan untuk dijadikan permainan di atas muka bumi ni. Sepatutnya aku jadik sekuntum bunga yang boleh seekor kumbang menghisap madunya. Cewaaah. Ayat tak boleh bla. Tapi untung lagi Nurul Huda Nor Adzlan punya bunga larangan yamg sememangnya tempah ajal bawak tiket terus ke neraka. Haihh. Dia memang Hebat.