
♥ Eighteenth of September ♥
Aku manusia yang boleh lalai. Dan sekarang aku perempuan yang sedang menahan nafsunya. Sembilan nafsu yang terpaksa dikawal oleh akal sang satu. Aku tak merengek nak sesiapa lagi. Komitmen aku kat kau belum berkurang dari statistik yang ada. Markah untuk kau masih lagi seratus peratus. You are in good hands, now, in fact, so secure. Tangan beruang kot, for that, rest assured. Take care of yourself my lovely piece of my soul. Know that I'm never complete without you. Aku punya manusia hebat. Manusia yang dulu aku contengkan hati dia dengan krayon warna warni. Kemudian aku main main simbah dengan cat hitam jadi buruk. Tapi itu lah. Dia manusia kepunyaan aku yang hebat, mana pernah nak give up. Kepala degil. Aku buat sakit hati pun, dia boleh senyum. Sebab itu jugak aku tertawan.
Malam kedua, bawah bulan yang dilindung awan yang gelap, lagi gelap duduk berdua dengan kau sambil pegang tangan, kita jadik sang kekasih. Berkompang pulak hati aku, kau buat aku jatuh cinta lagi. Dengan kau aku belum rasa takut. Sebab aku sayang kau teramat. Dengan kau, aku berubah secara automatiknya. Aku cair. Sekarang, aku nak selalu krayonkan hati kau dengan warna warninya. Touch up dengan glitters. Buat hati kau sparkles bila dengan aku selalu. Itu aku mahu. Tanggungjawab aku mungkin? Ingatkan aku bila aku sandung hati kau. Aku alpa terkadang. Diari aku akan penuh dengan cerita cinta kita sekarang.
"Kasihku ku amat mencintai kamu. Kerana kau beri erti hidup. Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya" (Sedetik Lebih, Anuar Zain)
Aku suka pejam mata sama sama dengan kau. Rasa nak terbang pergi singgah ke Teluk Cempedak sebelum ke bulan. Nak ke surga belum lagi, kita buat surga kita dulu. I love you kakak Boboy :)